Skip to main content
Berita TempatanSabah

Penantian Penduduk Kg. Kupang Bina Masjid Berakhir

By 20 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 Oleh Zuraidah Ahmad & Jeffren Malaning (Sabah)

KOTA BELUD, 20 Jun (Malaysiaktif) –? Penantian masyarakat Islam di Kampung Kupang selama hampir dua tahun berakhir apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengumumkan kelulusan peruntukan bagi pembinaan masjid baharu.

Katanya, peruntukan RM600,000 itu diluluskan Kerajaan Pusat untuk membina sebuah masjid baharu di atas tanah wakaf yang akan dilaksanakan secepat mungkin untuk dimanfaatkan umat Islam di kawasan berkenaan.

“Setelah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau bersetuju meluluskan RM600,00 untuk membina masjid dan kita akan laksanakan secepat mungkin.kupang 4

“Saya berharap dengan kelulusan tersebut, kita dapat menggunakan masjid itu untuk kepentingan umat Islam,” katanya ketika berucap pada Program Raikan Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Media Prima di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Rangkaian TV Media Prima, Datuk Kamal Khalid berkata majlis di bawah program tanggungjawab sosial (CSR) yang julung-julung kali diadakan di Sabah itu bertujuan menyampaikan sumbangan berupa duit raya kepada 200 penerima terdiri daripada golongan anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal.

SF

Tinggalkan komen anda