Skip to main content
Berita TempatanSabah

Sektor Industri Perlu Lebih Ramai Graduan Muda – Raymond

By 20 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh: Muniyamma A/p Marapen & Nasrie Tapisil (Sabah)

KOTA KINABALU, 20 Jun  (Malaysiaktif) –? Kerajaan memerlukan lebih ramai graduan muda menceburi bidang perindustrian bagi melonjakan ekonomi negara supaya menjadi negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah dalam dunia era digital dan teknologi maklumat, negara memerlukan para graduan muda yang berpengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi kehendak industri yang sedang berkembang.

“Melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP), kerajaan telah menetapkan secara spesifik beberapa projek yang bakal menjana pendapatan negara dan peluang pekerjaan.politeknik 4

“Di Sabah, Kerajaan Negeri menyediakan pelan tindakan yang konkrit untuk mempelbagaikan ekonomi dengan mempergiatkan aktiviti – aktiviti hiliran seperti minyak, gas dan minyak sawit serta membangunkan keupayaan perusaan kecil dan sederhana,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Minggu Suai Kenal (MSK) Politeknik Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Mengulas tentang kejayaan Politeknik Kota Kinabalu, Raymond menjelaskan sebanyak 85 peratus graduan berjaya memperoleh pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan selepas tempoh enam bulan tamat pengajian.

Sementara itu, Pengarahnya, Roslee Yahya berkata seramai 662 pelajar baharu mendaftar untuk sesi Jun 2016 dan pihaknya komited membantu kerajaan dalam melahirkan graduan yang berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan negara.

SF

Tinggalkan komen anda