Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Sungai Besar: Lebih 3 Ribu Anggota Polis Bertugas Esok

By 17 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Dila Khamde

SUNGAI BESAR, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Polis di Raja Malaysia (PDRM) mempunyai anggota yang mencukupi iaitu seramai lebih 3 ribu orang untuk bertugas di kesemua 30 pusat daerah mengundi pada hari Pilihan Raya Kecil (PRK), esok.

Pegawai Perhubungan Media, ACP Khalil Ariffin memberitahu media dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam, hari ini.

“Pihak polis menyeru semua pengundi untuk lakukan tugasan dengan sempurna dan dinasihatkan untuk pulang ke rumah masing-masing selesai mengundi bagi mengurangkan kesesakan lalulintas”, ujar beliau.

“Bagi yang duduk di luar kawasan ini dinasihatkan untuk bertolak awal dan bagi pengguna jalan raya yang tiada urusan di Sungai Besar dinasihatkan untuk mengambil laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan”.

“Begitu juga dengan pengguna jalan raya dari arah Teluk Intan menghala ke selatan”, tambah beliau.

Beliau turut mengingatkan tempoh berkempen tamat pada 12 tengah malam hari inj. Tindakan akan diambil sekiranya ada laporan yang diterima.

Polis juga membuka siasatan berhubung laporan oleh orang awam pagi tadi berkenaan poster disimbah cat yang dipercayai berlaku malam tadi di Sekinchan.

Polis melakukan rondaan sejak hari penamaan calon dan keadaan didapati terkawal tanpa sebarang kes serius.

AAS

 

Tinggalkan komen anda