Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Taktik Kotor, Langkah Terdesak – Zambry

By 17 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Diyana Zamri / Foto: Muhammad Bashsyar Abdullah (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 17 Jun (Malaysiaaktif) – “Taktik kotor untuk menfitnah calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid merupakan satu langkah terdesak sesuatu pihak.” kata Ketua Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Menurutnya, gerakan ini adalah satu usaha yang jijik lagi menjengkelkan dengan menggunakan slip bayaran kepada firma guaman Mastura, Yazid Baba & Partners pada tahun 2012. Slip bank ini dijadikan bahan kempen seolah-olah Datin Mastura menerima habuan sebanyak RM500,000 pada pilihan raya ini daripada seseorang

“Saya telah mengarahkan laporan polis dibuat dengan kadar segera supaya pihak polis dapat membuat penyiasatan. Malang sekali dalam bulan Ramadan yang mulia ini, fitnah keterlaluan seperti ini dilakukan bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil ini. Ini merupakan suatu perbuatan yang amat  jelek,” katanya dalam sidang media khas di Bilik Gerakan UMNO Kuala Kangsar, di sini, petang tadi.

MB Perak

Zambry yang juga merupakan Menteri Besar Perak, berkata, slip bayaran yang ditonjolkan hanyalah bayaran atau pendahuluan kepada firma guaman Mastura, Yazid Baba & Partners, di mana beliau merupakan seorang rakan kongsi.

“Menjadi lumrah untuk sesiapa juga (pelanggan) memasukkan wang ke dalam akaun firma guaman atas pelbagai tujuan seperti wang deposit pembelian rumah, bayaran perkhidmatan guaman, pembelian hartanah atau pembelian saham. Akaun bank firma ini akan diaudit oleh Majlis Peguam setiap tahun.

“Peguam tidak boleh menggunakan wang di dalam akuan berkenaan kerana perbuatan sedemikin melanggar etika seorang peguam dan boleh didakwa mahkamah. Jika didapati bersalah boleh ditarik sijil guamannya.

“Jadi tidak timbul, Mastura terlibat dalam mana-mana aktiviti serta kegiatan yang melanggar undang-undang,” kata Zambry.

 

Tinggalkan komen anda