Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

[KEMASKINI] Jalur Lebar Kelajuan Tinggi Kuala Kangsar

By 17 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Aimi Huwaina / Foto: Muhammad Bashsyar Abdullah (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari hari ini mengumumkan pelaksanaan jalur lebar berkelajuan tinggi di Kuala Kangsar pada hujung tahun ini.

“Sebelum ini, Kuala Kangsar adalah di fasa yang akan datang. Tetapi memandangkan keperluan yang diperlukan di Kuala Kangsar, kerajaan telah bersetuju untuk mempercepatkan perluasan jalur lebar berkelajuan tinggi ini pada tahun ini juga,” kata Jailani ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) KKMM P067 Kuala Kangsar.

ZUL_0093

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Jailani Johari. – Foto: Mohamad Bashyar (Putrajaya)

Projek yang bakal melibatkan kos kira-kira RM10 juta ini melibatkan kerjasama antara Telekom Malaysia (TM) dengan Kerajaan.

Tambah Jailani, pelaksanaan projek jalur lebar berkelajuan tinggi ini juga adalah sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mencapai status negara bertaraf maju menjelang 2020.

Negeri Perak telah mendapat hampir 22,000 sambungan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang merangkumi beberapa kawasan seperti Ipoh, Gunung Rapat, Pasir Puteh, Tasek, Jelapang, Teluk Intan, Seri Manjung dan Taiping.

Mengulas mengenai Hari Mengundi di PRK Kuala Kangsar yang bakal berlangsung esok,  Jailani mengingatkan orang ramai supaya tidak salah memilih calon.

“Buatlah pemilihan yang tepat. Ini untuk pembangunan tempat anda sendiri,” katanya.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda