Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

[VIDEO] Mohd Sabu Umum Ustaz Azhar Calon Amanah

By 2 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal b Redzuan & A.Prabagaran

SUNGAI BESAR, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Pakatan Harapan meletakkan Ustaz Azhar Abdul Shukor sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P093 Sungai Besar.

Presiden Parti Amanah Negara, Mohd Sabu membuat pengumuman tersebut di hadapan penyokong-penyokong Pakatan Harapan bersama-sama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Kiat Siang di Dewan Sri Sekinchan hari ini.

Ustaz Azhar, 51 merupakan Pengerusi Parti Amanah Kawasan Sungai Besar, ahli perniagaan dan Pengarah Urusan EZ Qurban Sdn Bhd.

Pada majlis yang sama, wakil DAP dan PKR seperti  Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook, Ketua Seketariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Rafizi Ramli, ADUN Sekinchan Ng Siew Lim, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah, Mohd Sabu turut menyampaikan ucapan.

Semasa memperkenalkan calon, Mat Sabu sempat berseloroh , “Jangan silap pangkah pendekar mustar, UMNO kita tolak, pendekar mustar pun kita tolak”.

PRK Sungai Besar kali ini bakal melibatkan persaingan tiga penjuru dengan dua calon lagi iaitu BN mempertaruhkan Budiman Mohd Zohdi manakala calon PAS,  Dr. Abdul Rani Osman.

-DK/SF

Tinggalkan komen anda