Skip to main content
HomeKelantan

Pelajar Dan Penjawat Awam Antara Yang Ditahan Dalam Ops Sarang

By 2 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh : Nur Shafira Bt Mat Hussin (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 2 Jun (Malaysiaktif) – Pelajar berumur 15 tahun dan penjawat awam antara 148 orang yang ditahan dalam serbuan OPS Sarang yang telah dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan dan Terengganu dengan kerjasama Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Anti Dadah Negeri Kelantan (AADK).

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, kejayaan operasi ini hasil daripada maklumat serta kerjasama orang awam.

Kesemua pesalah ditempatkan sementara di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh

Kesemua pesalah ditempatkan sementara di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh

” Pihak PDRM amat berterima kasih kepada masyarakat yang menyalurkan maklumat berkenaan tempat penagihan dadah dan menjadi faktor kejayaan Ops Sarang ini.

” Tangkapan ini merupakan antara yang terbesar di sempadan dan buat pertama kali nya disertai bersama oleh pihak STING Bukit Aman,” katanya ketika berucap dalam sidang media di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh, disini semalam.

Dalam pada itu, menurut Abdul Rashid, sebanyak 864 biji pil kuda, 24.79 gram heroin,12.5 gram ganja dan 1,279 mililiter air ketum bernilai kira-kira RM 34,000 berjaya dirampas di Pasir Puteh.

“Pihak Polis turut mengesan 9 orang daripada mereka merupakan pengedar dadah,kesemua suspek berumur dari 15 hingga 54 tahun akan direman. Bagi suspek di Pasir Puteh, pesalah akan disiasat dibawah seksyen 39(B), 39(A)2 ,39(A)1, 6 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 291 Kanun Keseksaan,” kata beliau lagi.

OPS Sarang yang dijalankan berjaya menahan seramai 111 orang pesalah dari negeri Kelantan dan 37 orang lagi dari Terengganu.

Operasi ini  telah menfokuskan kepada kawasan tangkapan yang menjadi tumpuan utama iaitu kawasan sempadan antara dua buah negeri yang mana sebelum ini terdapat isu mengenai permasalahan dadah antara sempadan kerana pihak berkuasa berdepan masalah penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

Oleh sebab itu, penagih menjadikan daerah bersempadan negeri sebagai tempat bersembunyi dan menjalankan aktiviti menghisap dadah.

 

-SH

 

Tinggalkan komen anda