Skip to main content
HomeSelangorViral

Kerajaan Selangor Cuba Halang Projek Kolam Tadahan Air – Noh

By 9 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zaid Awang (Selangor)

SUNGAI BESAR, 9 JUN (Malaysiaaktif) – Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar, mendakwa kerajaan Negeri Selangor telah menghalang dengan pelbagai cara projek kolam tadahan air semasa beliau menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dahulu yang menelan kos RM26 juta bertujuan mengairi sawah sekiranya menghadapi masalah air semasa musim kemarau.

“Kerajaan Selangor cuba menghalang projek tersebut malah kementerian telah didenda hampir RM1 juta seperti gagal mendapatkan kebenaran (RM680 ribu), denda menebang pokok (RM100 ribu) dan jentera juga telah disita (RM150 ribu), namun kementerian membayar kerana memikirkan projek tersebut perlu diteruskan untuk kepentingan petani di Sungai Besar”, jelasnya semasa Majlis Perjumpaan Usahawan TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) di Balai Raya Kampung Batu 23 Sungai Nibong di sini petang tadi.

image

 

Noh turut menempelak kerajaan Selangor yang konon mengamalkan negeri berkebajikan tapi program untuk rakyat dihalang oleh mereka.

“Sekarang projek telah siap tetapi kerajaan negeri telah meminta MOA bayar Lesen Menduduki Sementara (TOL) sebanyak RM64 ribu setahun sejak empat tahun lalu walaupun projek tersebut untuk kebajikan rakyat dan petani di kawasan ini,” tambahnya.

 

– SF

Tinggalkan komen anda