Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Yakin BN Menang Lebih Besar – Shabery

By 16 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Dila Khamde

SUNGAI BESAR, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Saya berasa yakin Barisan Nasional (BN) akan menang dengan kemenangan yang lebih besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini berbanding yang lepas.

Demikian menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika ditemui pada sidang media Seminar Industri Asas Tani dan ‘Jalinan Tani’ negeri Selangor di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Besar, hari ini.

“Ini berdasarkan kepada sambutan yang diberikan, kebolehan menyelesaikan pelbagai isu dan ketidakhadiran secara aktif pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Selangor dan pembangkang di sini, menandakan mereka sebenarnya tidak begitu minat mengambil hati rakyat di sini.

“Berbeza dengan calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan pelbagai kepimpinan kerajaan persekutuan, menteri, timbalan menteri, wakil rakyat, yang begitu aktif dalam membina hubungan rakyat dengan lebih baik,” ujarnya.

Mengulas tentang pertanyaan tentang ahli Parti Amanah Negara (PAN) Sungai Besar yang beralih arah untuk memberikan sokongan kepada calon BN, Shabery berkata saya terkejut mendengar pengumuman itu namun saya berterima kasih kepada sesiapa yang menyokong calon BN.”

Tambahnya, kami juga terkejut apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat pendirian untuk menyokong calon PAN sedangkan Parti Islam Se-Melaya (PAS) merupakan sebahagian daripada kerajaannya”.

Beliau berpendapat, inilah cabaran bagi PAS untuk menunjukkan mereka ada maruah.

Shabery turut mengatakan kebergantungan PAN yang tidak mempunyai jentera menyebabkan tidak ada sebab untuk mereka diberikan sokongan.

 

-SF

Tinggalkan komen anda