Skip to main content
Berita TempatanKelantan

Anak-anak Yatim, Asnaf, Terharu Terima Sumbangan Raya

By 1 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Robani Nabi Ahmad (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 1 Jul (Malaysiaktif) – Sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi sedikit sebanyak memberi sinar keceriaan kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Norhaslinda Ismail, 34, berkata, suaminya meninggal dunia akibat kanser hati tujuh tahun lalu dan sejak itu dia menghadapi kesukaran untuk membesarkan tiga orang anak kerana tidak bekerja, salah seorang daripada anaknya orang kurang upaya (OKU).

“Saya tidak bekerja kerana perlu memberi perhatian kepada anak bongsu seorang OKU.

“Sumbangan duit raya ini, saya akan gunakan untuk membeli persiapan baju raya untuk mereka,” katanya pada Majlis Iftar Ramadan Bersama Anak-Anak Yatim dan Media Kelantan di Hotel Perdana, semalam.

Sementara itu, Nurul Hidayah Ismail, 15, dari Rumah Kebajikan Anak Yatim Libanat Darul Huffaz di sini, dia terharu kerana turut menerima sumbangan duit raya.

“Alhamdulillah, terima kasih kerana memilih saya dan rakan-rakan yang lain untuk turut serta berkongsi kegembiraan ini,” katanya kepada Malaysiaaktif.

Pada majlis itu sumbangan duit raya disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad kepada 121 orang membabitkan anak-anak yatim, OKU, ibu tunggal dan golongan asnaf.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha, serta Pengurus Besar Telekom Malaysia Kelantan, Ab Rashid Che Othman.

 

SH

Tinggalkan komen anda