Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Perpaduan, Insurans kepada Ekonomi Negara

By 1 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Ā Oleh : Herman Hamid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Malaysiaaktif) ā€“ ā€œPerpaduan merupakan insurans kepada ekonomi negara. Ini kerana melalui perpaduan yang terjalin menyebabkan ramai pelabur-pelabur luar negara ingin melabur di Malaysia. Jika perkara ini terjadi, sudah tentuĀ  akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaanĀ  kepada rakyat di negara iniā€.

Demikian menurut Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abd Ghani ketika merasmikan Program Jalinan Kasih “Charity For Unity” di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Chow Kit Kuala Lumpur, semalam.

“Sifat-sifat murni dalam kalangan rakyat Malaysia terutama perpaduan harus ditanam dan disemai agar dapatĀ  memberi impak lebih-lebih lagi di bulan Ramadanā€, tambah beliau.

WhatsApp-Image-20160701 (3)

Program Jalinan Kasih “Charity For Unity” adalah kolaborasi di antara NGO sosial dan agama bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

‘World Interfaith Harmony Week (WIHW) 2016’Ā  dipilih menjadi tema yang membawa maksud memperkukuh perpaduan melalui kerja amal.

Objektif program ini mewujud, menggalak dan memantapkan iklim perhubungan yang baik dalam kalangan pemimpin serta penganut pelbagai agama agar terbina jambatan persahabatan berteraskan semangat saling hormat menghormati, kepercayaan dan bekerjasama di semua peringkat kepimpinan serta akar umbi.

Selain itu, ianya dapat memperkukuhkan perpaduan dan hubungan baik di antara masyarakat pelbagai kaum, agama dan status di Malaysia melalui interaksi langsung atau tidak langsung serta mewujudkan platform kepada pihak yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Di samping itu, syarikat- syarikat ataupun NGO disaran menjalankan program “Corporate Social Responsbility (CSR)” berteraskan perpaduan agar memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

WhatsApp-Image-20160701 (6)

Merujuk kepada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), beliau berkata Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi membina Hostel SBJK. Hostel ini dibina bagi memudahkan para pelajar menginap dan meneruskan sesi pembelajaran tanpa sebarang halangan.

Di samping usaha kerajaan membantu golongan gelandangan, beliau menyeru kepada semua bahawa melalui pendidikan sahajaĀ  yang dapat membasmi kemiskinan.

SBJK ketika ini mempunyai seramai 150 orang pelajar iaitu 17 orang (4 hingga 6 tahun), 90 orang (7 hingga 12 tahun) dan 43 orang (13-19 tahun).

“Jika pelajar-pelajar ini dapat pendidikan yang sepenuhnya, tidak mustahil bagi mereka merubah kemiskinan yang dihadapi keluarga masing-masing”, ujarnya lagi.

WhatsApp-Image-20160701 (4)

Beliau sempat menghulurkan duit raya kepada para pelajar SBJK.

Turut hadir Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Ganesan Letchumanan .

DK

Tinggalkan komen anda