Skip to main content
Berita TempatanSabah

Hormat Menghormati Kunci Keharmonian Kaum -Kurup

By 27 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

  Oleh:? Wenny Di Tian Soh (Sabah)

KENINGAU, 27 Jul (Malaysiaktif) –? Sikap saling menghormati antara satu sama lain merupakan kunci utama masyarakat di sini dapat mengekalkan keharmonian sesama kaum yang lain.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen P.182 Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkata, perpaduan kaum boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama melalui amalan kunjung-mengunjung yang dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum.

“Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.

Selain itu, melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat melahirkan lagi perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain.

Tambahnya, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia.

“Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” ujarnya lagi.DSC_0130

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun Tetangga Parlimen P.182 Pensiangan dan Jalinan Mesra Sambutan Hari Raya 2016 di Dewan Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup Sekolah Kebangsaan Sook, Keningau pada Ahad.

Seramai 17 orang menerima Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penyelaras dan Penasihat Rukun Tetangga bagi Parlimen P.182 Pensiangan.

SF

Tinggalkan komen anda