Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Nasi Ayam Tempayan Tunok Di Sarawak Kitchen 

By 27 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan
Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)
KUCHING, 27 Jul (Malaysiatif) – Nasi Ayam Tempayan Tunok menjadi pilihan utama bagi pengunjung SUKMA XVIII bertempat di Sarawak Kitchen yang dibuka khas di hadapan Stadium Negeri di Petra Jaya.
Menu ini sangat istimewa dengan harga yang berpatutan RM6 sepinggan.IMG_3455
Menurut peniaga nasi ayam yang ditemui di tapak penjualaan hari ini, Christine Cory Micheal, 32, yang berasal dari Kuching sejak dia mula menjual pada 19 Julai sambutan dan permintaan terhadap nasi ayam tersebut sangat menggalakkan.
Dalam sehari Christine dapat menjual lebih 300 pingggan sehari. Selain nasi ayam tempayan, Christine juga menjual nasi ayam serai dan ubi kayu rebus.
“Penjualaan ubi kayu rebus juga memang mengalakkan. Permintaan banyak datang daripada pengunjung Semenanjung. Ubi rebus dijual dengan harga RM3 sepinggan.
Tambahnya, istimewanya pembakaran nasi tunok tidak menggunakan minyak masak cuma ayam tersebut dibakar dalam tempayan,” ujarnya.IMG_3456
Pembeli berasal dari Kuala Krai, Kelantan Roszilawati Nor Aziz, 41, menyatakan nama Nasi Tempayan Tunok agak asing baginya kerana daripada namanya sahaja memang tidak pernah dijumpai di negeri Cik Siti Wan Kembang.
“Inilah pertama kali saya dengar dan merasai sendiri keenakan nasi tersebut. Rasa ayam tersebut kering dan tidak berminyak jika dibanding dengan ayam goreng atau nasi ayam lain,” katanya.
Bagi Masuri Shafiee, 49, berasal dari  Mukah mengatakan dia tahu bahawa nama Tempayan dan Tunok tetapi baru sahaja dapat merasai kelazatan ayam tersebut di Sarawak Kitchen ini.
“Ayamnya rasa enak dimakan, rasanya rangup dan tidak basah. Campuran serai goreng menambahkan kelainan rasanya maka dengan itu bagi saya ayam tersebut selamat dimakan kerana tidak menggunakan minyak masak. Ayam pula digantung dalam tempayan dengan menggunakan bahang api untuk memasaknya,” jelasnya yang bertugas sepanjang SUKMA ini.
Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Parno Selamat, 54, berkata nasi ayam tersebut dilihat boleh dikomersialkan dan diperluas penjualannya kerana agak baru bagi masyarakat di sini.
Sarawak Kitchen dibuka sepanjang SUKMA bermula 8.00 pagi sehingga 10.00 malam.
SF

Tinggalkan komen anda