Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

MAYC Jasin Rai Anak Yatim

By 1 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Khairunnisa Abd Rahman / Foto: Rozikin Mohd Shah (Jasin)

JASIN, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.  Kesukaran dan kesempitan hidup mereka yang bergelar anak yatim, hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang mengerti.

Ingin mengembalikan sedikit sinar kegembiraan buat mereka, Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia-Belia Malaysia (MAYC) mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama sepuluh orang anak yatim di sekitar daerah Jasin bertempat di Hotel Emporor, Melaka.

Bukan setakat berbuka puasa, anak-anak yatim yang diraikan dalam majlis tersebut turut menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

MAYC 7

Timbalan Pengerusi MAYC Melaka merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Jasin, Asrul Khan Sher Jang Khan berkata salah satu tujuan utama majlis ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara Ahli Jawatankuasa MAYC Jasin dan di waktu yang sama melakukan aktiviti amal.

“Tidak bermakna jika sekadar berbuka puasa tanpa pengisian lain. Oleh itu, kami semua sepakat untuk membuat penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim. Semoga pemberian kecil kami ini akan dapat membuatkan mereka gembira,” katanya.

Turut hadir, Naib Presiden MAYC Kebangsaan merangkap Setiausaha Kehormat MAYC Melaka, Shahrom Mohd, barisan kepimpinan belia, dan mantan-mantan barisan kepimpinan MAYC Negeri Melaka.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda