Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Orang Asli Tidak Dilupakan

By 1 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd Muhaimin Amran (Jasin)

JASIN, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Masyarakat Orang Asli yang kurang berkemampuan diraikan dalam satu majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat Perkampungan Orang Asli Kampung Lubok Bandong, di sini.

Program yang pertama kali diadakan ini bertujuan menyelami kesusahan dan kepayahan masyarakat Orang Asli yang kebanyakannya yang bekerja sendiri dengan membuat barang kraf tangan dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Majlis yang disertai kira-kira 30 orang masyarakat orang asli termasuk kanak-kanak. Sebahagian daripada mereka turut menerima sumbangan berupa barangan dapur oleh Pejabat Agama Islam Daerah Jasin yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Haji Ghazale Muhamad.

OA 10

Menurut seorang penerima, Kasimah Ali, 40, program ini memberi kesan yang mendalam kepada mereka kerana kesudian pihak Pejabat Agama dan ADUN datang menyampaikan bantuan serta berbuka puasa bersama di kampung mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ini, Jasdi Akin, 47, berkata program ini dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat yang rata-rata kurang berkemampuan di Perkampungan Orang Asli Lubok Bandong ini.

“Melalui sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban masyarakat Orang Asli dalam menyambut hari raya yang bakal menjelma tidak lama nanti,” ujar Jasdi ketika ditemui di majlis tersebut, kelmarin.

OA 9

Turut hadir, Pegawai Tadbir Agama Daerah Jasin, Ustaz Huzailan Hamzah, Tok Batin San Pat dan barisan kepimpinan Perkampungan Orang Asli Lubok Bandong.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda