Skip to main content
Berita TempatanPutrajayaViralWilayah Persekutuan

MOSTI Nafi Pengeluaran Amaran Tsunami

By 19 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

PUTRAJAYA, 19 Julai 2016 (Malaysiaaktif) – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau hari ini menafikan beberapa amaran palsu berkaitan cuaca yang dikatakan dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Orang ramai diingatkan untuk tidak mempercayai khabar angin yang tersebar di media-media sosial dan aplikasi Whatsapp,” katanya menerusi kenyataan media Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini.

Antara amaran palsu yang telah tersebar di media sosial ialah Amaran Tsunami Dalam Tempoh 36 Jam Di Pantai Timur Sabah, Amaran Ribut Kuat Di Labuan, Sabah dan Amaran Banjir Di Pahang.

Sementara itu, cuaca lembap yang dialami di Malaysia sekarang, terutamanya di bahagian Utara Semenanjung Malaysia dijangka beransur kurang mulai 20 Julai ini.

Orang awam dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia di www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca atau laman facebook dan twitter: @malaysiamet.

Tinggalkan komen anda