Skip to main content
Berita TempatanSabah

Nasrun Mahu Jadikan Lahad Datu Hub Utama Perladangan Kelapa Sawit

By 1 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

  Oleh: Adelaidah Arshad (Sabah)

LAHAD DATU, 1 Julai (Malaysiaktif) –?  “Saya akan berusaha menjadikan Lahad Datu sebagai salah satu hub utama sektor perladangan kelapa sawit yang merupakan penyumbang utama peningkatan taraf hidup penduduk di daerah ini

“Lahad Datu juga merupakan pusat penyelidikan kelapa sawit dengan tertubuhnya enam agensi penting di bawah MPIC seperti Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Koko Malaysia dan Lembaga Lada Malaysia.

Demikian kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) Datuk Haji Datu Nasrun Datu Mansur yang ditemui bersama kira-kira 300 penyokongnya di Dewan Masyarakat Tun Mustapha semalam.

Nasrun merupakan anak jati Daerah Lahad Datu yang pertama tersenarai dalam barisan kabinet Jemaah Menteri Kepimpinan Negara 2016.13507279_989051517878874_3216141263641156103_n (1)

Nasrun yang juga Ahli Parlimen Silam berkata pelantikan ini merupakan tanggungjawab besar yang akan dipikul beliau kerana tidak lagi tertumpu kepada daerah Lahad Datu sahaja malah lebih luas lagi di seluruh negara.

Pelantikan Nasrun sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dianggap tepat berikutan Lahad Datu merupakan kawasan perusahaan Perladangan Kelapa Sawit terbesar di Sabah.

Nasrun berharap agar dapat terus memacu produktiviti perusahaan perladangan dan komoditi di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan tidak akan lupa untuk memastikan kepentingan dan kebajikan pekebun kecil dalam kalangan kaum bumiputera agar lebih terjamin.

SF

 

Tinggalkan komen anda