Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pelajar Kolej ATI Persembah Seni Pastri Raya kepada Tun Juhar

By 1 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

  Oleh: Eviannie Kin Mei Hoon & Gimpas@ James Ghani (Sabah)

KOTA KINABALU, 1 Julai (Malaysiaktif) –? Seramai 13 pelajar Kolej Asean Tourism International (ATI) berpeluang mempersembahkan kek kreatif Hari Raya Aidilfitri hasil tangan mereka kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Haji Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni.

Rekaan kek berkonsepkan rumah kampung, berlatarkan suasana raya merupakan sentuhan kreatif pelajar tahun akhir program Diploma Seni Pastri kolej berkenaan.

Menurut wakil pelajar, Loo Wui Hing mereka berdepan dengan pelbagai cabaran menghasilkan kek tersebut yang mengambil masa kira-kira dua minggu lebih untuk menyediakannya.

“Peluang dan ruang ini sangat berguna untuk memperlihatkan kemahiran kami dalam bidang ini kepada orang luar,” katanya kepada media pada Majlis Penyampaian Kek sempena Hari Raya Aidilfitri 2016 di Istana Negeri, semalam.

????????????????????????????????????

Sementara itu, tenaga pengajarnya, Chef Edward A. Lajuat berkata pendedahan sebegini memberi manfaat besar kepada para pelajarnya untuk mendapatkan pendedahan, di samping memotivasikan mereka untuk lebih maju dalam bidang ini pada masa hadapan.

Tambahnya, ini? merupakan pengalaman pertama mereka mempersembahkan kek kepada Tun Juhar dan mengharapkan lebih ramai institusi kemahiran terlibat pada masa akan datang.

Pada akhir majlis tersebut, Tun Juhar merakamkan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam usaha menghasilkan kek yang menarik sempena Hari Raya Aidilfitri 2016.

??Kek-kek yang dipersembahkan akan disumbangkan kepada rumah-rumah kebajikan, rumah kanak-kanak dan rumah warga emas.

Pada majlis sama, 10 biji kek Hari Raya Aidilfitri pelbagai bentuk dan tema hasil tangan cef berbakat dari hotel-hotel terkemuka sekitar Kota Kinabalu turut dipersembahkan kepada Tun Juhar.

Hotel-hotel yang terlibat ialah Shangri-La’s Rasa Ria dan Tanjung Aru, Grandis, Nexus Karambunai, Ming Garden, Magellan, Promenade, Hyatt, Horizon, Palace dan Sabah Oriental.

SF

Tinggalkan komen anda