Skip to main content
Berita TempatanPutrajayaWilayah Persekutuan

Pemindahan Pemilih: Tiada Perubahan Kawasan DUN, Parlimen – SPR

By 18 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Aimi Huwaina (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 18 Julai (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan dakwaan pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) tertentu berkenaan perubahan kepada sempadan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen ekoran pemindahan pemilih secara tidak sah oleh SPR.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah melalui kenyataan media SPR hari ini berkata urusan pengemaskinian Daerah Mengundi ini adalah berbeza dengan urusan Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya di bawah Artikel 113 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh sempadan kawasan DUN dan Parlimen.

Menurut Hashim, pengemaskinian ini adalah selaras dengan Seksyen 7, Akta Pilihan Raya 1958 terhadap kawasan Daerah Mengundi, Pusat Mengundi dan Lokaliti agar sentiasa relevan dengan keadaan semasa.

“Semasa urusan pengemaskinian Daerah Mangundi, SPR mendapati terdapat Lokalti yang perlu diperbetulkan kedudukan ke dalam kawasan yang sebenar. Perkara ini berlaku apabila wujud perbezaan antara kod kawasan pendaftaran Lokaliti dengan kedudukan sebenar kawasan Lokaliti tersebut di lapangan,” jelas Hashim.

Seiring dengan kecanggihan teknologi pemetaan terkini, SPR telah mengenalpasti dan mengemaskini Lokalti-Lokaliti tertentu ke kawasan yang tepat, sebelum mendaftar pengundi di Lokaliti tersebut mengikut kedudukan yang sebenar.

Tambah Hashim, semua pemilih didaftarkan mengikut kawasan Lokalti masing-masing berdasarkan maklumat yang terkandung dalam MyKad.

Pewartaan pengemaskinian Daerah Mengundi ini telah dilakukan pada 12 Febuari 2016 bagi Negeri Sabah dan 29 April 2016 bagi Semenanjung Malaysia.

Pemakluman kepada pemilih yang terkesan dan parti politik terlibat telah dibuat melalui surat, laman web rasmi SPR, media cetak dan elektronik serta pameran di tempat pemeriksaan Daerah Mengundi.

Tinggalkan komen anda