Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pengekalan Perpaduan Jamin Kekentalan Muhibbah – Mohd Isa

By 18 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Ramasamy Amas (Jempol)

BAHAU, 18 Julai (Malaysiaaktif) – Usaha untuk memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum sentiasa diulang dan diperingatkan oleh para pemimpin. Ia sesuatu yang perlu bagi menjaminkan kekentalan semangat muhibbah.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad terus berpaut kepada premis berkenaan dalam ucapannya semasa majlis Jalinan Mesra Bersama Pemimpin dan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri di Dewan Belia Kampung Chu Ward di sini Sabtu lepas.

Majlis yang dihadiri lebih 300 orang penduduk pelbagai kaum itu dianjurkan oleh Komuniti 1Malaysia (K1M) Taman Penarikan Jambu 8 dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kawasan tersebut.

Mohd Isa turut menyatakan harapan agar K1M dan KRT yang masing-masing bertunjangkan perpaduan kaum dapat memainkan peranan penting melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan membabitkan semua, terutama golongan muda.

Dalam majlis tersebut Mohd Isa menyampaikan sumbangan RM1500.00 kepada 11 Tabika Perpaduan dalam kawasan parlimen Jempol.

Turut hadir,  Pengarah Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan dan Pegawai Penerangan Daerah Jempol, Siti Noorezrin Mahmood.

 

-AAS
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda