Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

Kayuh Basikal 25 kilometer Demi Petai

By 18 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Norhayani Hashim & Mohd Zanizal Zamani (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 18 Julai (Malaysiaaktif) – Setiap hari akan terlihat susuk tubuh tua seorang lelaki dengan basikalnya di tepi jalan bertentangan Restoran Puteri Bola-bola, Bertam, di sini.

Dengan basikal itulah Pak Osman ataupun nama sebenarnya Abdul Rahman Ismail, 80 tahun membawa petai-petainya untuk dijual.

Menurut Pak Osman, dia membeli petai daripada peraih di Tikam Batu, Kedah dan mengayuh basikal ke Taman Bertam Indah, Pulau Pinang untuk menjualnya.

Semasa muda, Pak Osman membuat kerja-kerja berat seperti mengangkut kayu dan guni padi ke atas lori.

Namun, usianya yang semakin meningkat dan kudrat yang tidak lagi sekuat dahulu, menyebabkan Pak Osman tidak lagi berkemampuan untuk membuat kerja-kerja berat.

Menyedari keadaannya itu, Pak Osman mula menjual petai dengan mengayuh basikal kerana menurutnya kerja itu adalah lebih mudah.

WhatsApp-Image-20160714

Walau bagaimanapun, sekiranya bukan musim petai Pak Osman akan melakukan kerja lain jika ada yang mahu mengupahnya untuk membantu kerja-kerja membuat rumah di kampung.

Pak Osman yang mempunyai seorang anak lelaki dan lima orang cucu kini tinggal seorang diri di Kampung Bukit Lalang Tikam Batu setelah lama kematian isteri.

Setiap hari, Pak Osman berniaga petai seawal 8.00 pagi sehingga 3.00 petang.

 

-AH-

Tinggalkan komen anda