Skip to main content
Berita TempatanMelaka

600 Pelajar Didedahkan Kepada Cara Hadapi Penjenayah

By 18 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Hj Mohd Noor Samion / M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 600 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini terlibat dalam program ‘Belia Bersatu Memerangi Jenayah’ di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka, Bukit Beruang.

Dalam program anjuran Polis Kontinjen Melaka bersama Jabatan Pendidikan, Jabatan belia dan Sukan, serta Gabungan Belia Negeri Melaka (MBGM) ini, para pelajar didedahkan kepada cara-cara menghadapi serangan penjenayah dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diketahui semasa berhadapan dengan situasi berbahaya, seperti dirogol, dan ragut.

Dua isu penting turut disentuh seperti, ‘Bersatu Memerangi Jenayah’ dan ‘Jenayah Siber’ masing-masing disampaikan oleh ASP Nor Aslinda Nordin dan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Syed Isa Syed Sheikh AlSagoff.

Menurut Setiausaha Kerja Gabungan Belia Negeri Melaka (MGBM), Mohd Rabbani Wakiman, program yang julung kali diadakan ini dilihat menepati tema.

“Sering kali kita lihat sekarang, jenayah makin menjadi-jadi. Golongan belia harus menjadi barisan hadapan dalam membantu membenteras jenayah dengan menyertai Rakan Cop dan kelab banteras jenayah yang bergerak aktif di sekolah-sekolah dan di IPT,” jelas Mohd Rabbani.

Program Pencegahan Jenayah “Belia Bersatu Memerangi Jenayah” ini dirasmikan oleh Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Haji Din.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda