Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Penjenamaan Baharu Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA)

By 18 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Norfarhana Mohd Zainal Abidin / Seri Ayu Wardiah Samsudin (Petaling Jaya)

PETALING JAYA, 18 Julai (Malaysiaaktif) – “Penjenamaan semula Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) merupakan langkah pertama ke arah merealisasikan kesemua rancangan masa hadapan jabatan”.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam semasa berucap di Majlis Perasmian NPRA bertempat di Dewan Anggerik, NPRA di sini, hari ini.

NPRA sebelum ini dikenali sebagai Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan telah dijenamakan semula berkuatkuasa pada 1 April 2016.

“Dengan mengambil kira perubahan serta perkembangan teknologi dan industri berkaitan di peringkat tempatan atau global, perancangan strategik termasuk rancangan penstrukturan semula NPRA sebagai badan berkanun telah dimasukkan sebagai salah satu inisiatif di bawah RMK-12”, kata beliau.

Tambahnya, “Peluasan skop aktiviti kawalan regulatori ke atas produk Cellular & Gene Therapy Products (CGTPs) termasuk produk biologik, stemcell dan gene theraphy akan berkuatkuasa mulai tahun 2021, dengan kerjasama agensi-agensi tempatan dan antarabangsa menerusi perbincangan teknikal dan aktiviti koloborasi dengan agensi regulatori yang lain yang dipersetujui dalam Memorandum of Understanding (MoU)”.

“Perancangan untuk membina sebuah fasiliti pengujian vaksin bagi mengukuhkan peranan regulatori dalam menjalankan analisis ke atas vaksin yang akan dihasilkan sejajar dengan rancangan untuk pengilangan vaksin oleh syarikat swasta di Malaysia”, ujarnya lagi.

NPRA merupakan sebuah badan regulatori di Malaysia yang bertanggungjawab untuk memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk farmaseutikal, produk bukan preskripsi, tradisional, kosmetik serta veterinari.

Sebagai sekretariat kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), NPRA mencapai objektifnya melalui program pendaftaran produk dan perlesanan premis.

Selain itu NPRA, juga menjalankan pemonitoran ke atas produk berdaftar melalui aktiviti surveilans dan farmakovigilans serta terlibat secara aktif dalam program Amalan Pengilangan Baik dan Program Jaminan Kualiti Antarabangsa.

Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Seri Dr. S. Subramaniam. Turut hadir, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Eisah Binti A.Rahman serta Pengarah Regulatori Farmasi NPRA, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Salmah Bahri.

 

-DK

Tinggalkan komen anda