Skip to main content
GlobalHomeViral

Tiada Warga Malaysia Terlibat Rempuhan Trak Di Nice

By 15 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Muhammad Rizal Redzuan

PUTRAJAYA, 15 Jul, (Malaysiaaktif) – Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa sehingga kini, tiada warganegara Malaysia yang dikenal pasti terlibat dalam insiden rempuhan trak semasa sambutan Bastille Day di Nice, Perancis pada malam hari Khamis, 14 Julai 2016.

Seramai 80 orang dipercayai maut manakala 18 lagi cedera parah dalam insiden ini.

Kedutaan Besar Malaysia di Paris sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat warganegara Malaysia yang terlibat.

Kementerian Luar Negeri merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa-mangsa insiden ini.

Tinggalkan komen anda