Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Klinik 1Malaysia Terbaharu di Batu Berendam

By 22 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 

Oleh: M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Bertepatan dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, sebuah lagi Klinik 1Malaysia telah dibuka di Taman Merdeka, Batu Berendam.

Klinik 1Malaysia Taman Merdeka ini akan memberi manfaat kepada lebih sepuluh ribu penduduk taman perumahan berhampiran antaranya Taman Merdeka, Taman Merdeka Jaya, Taman Datuk Tamby Chik Karim, Taman Mas Merah dan Taman Seri Budi.

Usaha ini merupakan salah satu bukti kerajaan prihatin dengan golongan berpendapatan rendah yang kurang berkemampuan.

Klinik 1Malaysia menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat antaranya seperti demam, batuk, dan selesema. Rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi dan asma juga terdapat di Klinik 1Malaysia.

IMG-20160722-WA0003

Selain itu, khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan juga disediakan kepada orang ramai yang memerlukan.

Tay Swee Chong, 50, seorang peniaga yang menetap di Taman Datuk Tamby Chik Karim berkata Klinik 1Malaysia ini sudah pasti dapat membantu rakyat mengurangkan kos perubatan lebih-lebih lagi kepada yang berkeluarga.

“Jika mendapatkan rawatan ke klinik swasta untuk penyakit demam dan batuk sudah pasti RM40 hingga RM50 terpaksa dibelanjakan sedangkan jika di Klinik 1Malaysia hanya RM1 sahaja.

“Kualiti ubat di Klinik 1Malaysia juga sama sahaja jika hendak dibandingkan dengan klinik swasta,” ujarnya ketika ditemubual oleh wartawan Malaysiaaktif di Majlis Perasmian Klinik 1Malaysia Taman Merdeka Batu Berendam, semalam.

Klinik 1Malaysia beroperasi setiap hari daripada 10.00pagi hingga 10.00malam termasuk cuti sekolah dan hari perayaan.

EXCO Kesihatan dan Pembangunan Sukan Negeri Melaka, Datuk Haji Ab. Rahaman Haji Ab. Karim merasmikan Klinik 1Malaysia Taman Merdeka Batu Berendam.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda