Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pertandingan Sketsa Rukun Negara – SMK Abdullah Munsyi Muncul Juara

By 8 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Norhayani Hashim & Ariza Mohamed Zaki (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Pemahaman Rukun Negara adalah penting dalam memupuk semangat jati diri.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdullah Munsyi semalam, berjaya merangkul gelaran Johan dalam Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2016 di Mydin Mall Bertam.

WhatsApp Image 2016-08-07 at 7.10.47 AM

Program yang bertemakan “Penghayatan Rukun Negara – Teras Penerapan Nilai-Nilai Murni” ini telah melibatkan persaingan antara lima pasukan Kelab 1Malaysia (K1M) yang mewakili lima daerah dari sekitar Pulau Pinang.

Menurut Guru Penasihat pasukan K1M SMK Abdullah Munsyi, Nurfazlun Ahmad ,33, pasukan K1M SMK Abdullah Munsyi tidak pernah terlibat dengan mana-mana pementasan sebelum ini.

Nurfazlun yang juga merupakan seorang kaunselor berkata, pelajar-pelajarnya dilatih pada saat akhir, iaitu sehari sebelum pertandingan kerana menyertai pertandingan itu di saat akhir.

Objektif program anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang ini adalah untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia dan semangat cintakan negara ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020 melalui prinsip Rukun Negara.

WhatsApp Image 2016-08-07 at 7.12.01 AM

Naib Johan berjaya diraih oleh SMK Tasek, tempat ketiga, SMK (A) Al Irsyad, tempat keempat, SMK Guar Perahu, manakala tempat kelima dimenangi oleh SMK Gemilang.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Haji Ishak Abdullah dan Pengerusi Permuafakatan K1M Negeri Pulau Pinang, Datuk Haji Ahmad Darus.

– AH

Tinggalkan komen anda