Skip to main content
Berita TempatanSabah

Alumni UIAM Sabah Perlu Jadi Reformis Sosial

By 4 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Muhammad Khairul Azad Yunus & Volintine Jiloh (Sabah)

KOTA KINABALU, 4 Ogos (Malaysiaktif) –?Ahli Alumni Universiti Islam Antarabngsa Malaysia (UIAM) Sabah perlu memainkan peranan sebagai reformis sosial yang penting kepada masyarakat.
Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, alumni mempunyai tanggungjawab menjadi pemimpin, pemangkin dan agen pembangunan sosial serta kemasyarakatan.
Jelasnya, kepelbagaian latar belakang ahli alumni mampu menjadi agen perubahan dengan menggembleng tenaga, masa dan kewangan untuk kembali menyumbang sesuatu kepada masyarakat.
Pihak kerajaan juga katanya mengalu-alukan penglibatan alumni memberikan input dalam proses pembangunan dan pembinaan negara yang lebih sejahtera.
Rosnah yang juga alumni (1996) universiti berkenaan berucap demikian ketika merasmikan Majlis Makan Malam Gala dan Aidilfitri IIUM Alumni (Sabah Chapter), pada Sabtu.

image
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Hasbi Tangge berasa sangat terharu dengan kehadiran ramai ahli alumni pada malam itu.
“Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa saya terharu dengan kehadiran rakan-rakan dan ada yang datang jauh dari Pahang semata-mata untuk majlis ini.
“Walaupun kami menghadapi kekangan komitmen kerja, kami berjaya membentuk jawatankuasa yang telah berjaya mengumpulkan 140 ahli alumni pada malam ini,” luahnya.

Menurut Hasbi, IIUM Alumni (Sabah Chapter) bergiat aktif menerusi beberapa program antaranya mengumpul dana untuk anak-anak miskin dan telah berjaya mengumpul RM20 ribu untuk membina sebuah surau di Kampung Dalit Keningau.
Seorang lagi ahli alumni, Nur Hanani Ibrahim, pelajar UIAM tahun 1995, melahirkan rasa gembira kerana dapat hadir pada majlis itu.
“Walaupun saya menetap di Labuan dan baru terima jemputan seminggu lalu, saya tetap hadir pada malam ini untuk bertemu rakan-rakan seperjuangan yang sudah lama saya rindui,” katanya.
Antara ahli Alumni yang turut hadir Ialah ADUN Bongawan, Datuk Mohamad Alamin (Kumpulan 1996); Timbalan Pengerusi MUIS, Junaidi Jumahad (Kumpulan 1995); Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Armizan Mohd Ali (Kumpulan 2000) dan Pengarah KPDNKK Sabah, Yahya Sulaiman (Kumpulan 1999).
SF

Tinggalkan komen anda