Skip to main content
Berita TempatanSabah

Ireland Johan SIFF ke-11

By 4 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Asmidar Zainol & Vicky Sylvester Matanjang (Sabah)

PENAMPANG, 4 Ogos (Malaysiaktif) –?Kumpulan ‘The Gaelic Girls Irish Dancing Troupe’ dinobat sebagai Johan Pertandingan Tarian Peringkat Antarabangsa Sabah 2016, Program Festival Cerita Rakyat Antarabangsa Sabah (SIFF) ke-11, pada malam Sabtu.

‘The Gaelic Girls Irish Dancing Troupe’ dari Ireland menewaskan 10 negara lain iaitu, Australia, Estonia, Indonesia, India, Malaysia, Filipina, Rusia, India, Korea Selatan, Sri Langka dan Thailand.

Menurut ketua kumpulan tersebut, Mandy Stevenson, 26, kemenangan tersebut tidak disangka sama sekali olehnya dan ahli-ahli kumpulannya.

“Saya dan rakan-rakan sama sekali tidak percaya apabila Ireland diumumkan sebagai johan dan kami berasa amat gembira seperti mahu meraikan kejayaan ini sepanjang tahun,” katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah tersebut daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Datuk Mahirudin.

Pada majlis itu, Ireland turut diumum sebagai penerima Anugerah Persembahan Terbaik dan lebih bermakna, Mandy selaku koreografer kumpulan turut diiktiraf sebagai penerima Anugerah Penari Wanita Terbaik.

Kumpulan dari Ireland ini terdiri daripada 27 ahli, termasuk enam pemuzik, mengambil masa selama enam bulan untuk berlatih tarian yang dipersembahkan.image

Sementara itu, 15 anugerah lain turut diumumkan sebagai pemenang antaranya, Indonesia yang membawa pulang dua anugerah iaitu Susunan Muzik Terbaik dan Anugerah Menteri Kebudayaan; Anugerah Ketua Menteri, Filipina; Anugerah Sabah Cultural Board, Malaysia; Kaerografer Terbaik, Filipina; Anugerah Juri, Thailand; Kumpulan Popular, Republic Sakha Yakutia, Rusia; Penari Terbaik Lelaki, Mckelaar Stephen Andrew; Highest Online Presence Award, Filipina yang menerima 2,300 undi.

SF

Tinggalkan komen anda