Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Arca Karikatur Kartun Lat Lahirkan Warga Kota Ceria

By 25 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan Foto oleh Mohd. Anuar Ibrahim dan Saharuddin Othman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2016 (Malaysiaaktif) – Pembinaan 22 arca karikator kartun Lat di sepanjang ‘Laluan Jejak Warisan 2’ oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewujudkan suasana indah dan ceria di bandaraya.

Projek yang bermula pada September 2015 dan siap sepenuhnya pada Mei 2016 ini, melibatkan laluan dari Jalan Melaka, Jalan Gereja dan seterusnya sebahagian daripada Jalan Raja Chulan.

image

“Pemilihan karya Kartun Lat yang dihasilkan oleh Datuk Mohd. Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat ini adalah berdasarkan karya tersebut yang banyak berlatar belakangkan bandaraya Kuala Lumpur”.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Pelancaran Arca Karikatur Kartun Lat di Jalan Melaka, di sini hari ini.

image

Tambah beliau, “Ia juga mengenengahkan corak kehidupan warga kota yang berbilang bangsa, pelbagai keturunan dan peringkat usia yang secara tidak langsung banyak melambangkan keharmonian masyarakat majmuk di bandaraya Kuala Lumpur ini sendiri.”

“Kolabrasi di antara Datuk Lat dan pihak DBKL yang bermula seawal tahun 2014 turut melibatkan perbincangan secara berkala dan lawatan tapak bagi memastikan idea dan lakaran karikator kartun yang bersesuaian dengan lokasi arca dan mesej yang ingin disampaikan mempunyai penceritaan dan latar belakang yang tersendiri khusus untuk masyarakat bandar,” tambah beliau.

image

Berdasarkan kajian, secara psikologinya manusia memerlukan sedikit suntikan rasa ‘humor’ bagi menghargai elemen konsep ‘santai’ dan ‘seni kreatif’ bagi mengubati tekanan atau ‘stress’ dalam menjalani kehidupan di tengah kepesatan kotaraya.

image

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz serta kira-kira 200 orang hadirin.

-DK

Tinggalkan komen anda