Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Bendera Perlu Dikibar, Digantung -Adik Darwina

By 5 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad

KUCHING, 6 Ogos (Malaysiaktif) – “Kita perlu hormat kepada bendera negeri dan negara kita. Bendera perlu dikibar dan digantung dengan baik.”

Demikian kata Darwina Endat, 6 yang merupakan salah seorang pelajar
di Tabika KEMAS Rh. Aji, Sg Bayan Tasik, Balingian yang ditemui pagi tadi.

Pada setiap tahun, setiap kali tiba bulan kemerdekaan tadika ini tidak ketinggalan untuk menghiasi ruang sekolah mereka demi menyahut kempen Kibarkan Jalur Gemilang.

Tabika yang mempunyai tiga buah kelas iaitu dua sesi iaitu pagi dan satu sesi petang itu dikendalikan oleh tiga orang pemaju masyarakat yang masing-masing dibantu oleh seorang pembantu pemaju masyarakat sukarelawan.

Menurut Guru Tabika, Noriswati Hassan, 30, persiapan menyambut bulan kemerdekaan bermula seawal Ogos bagi menyemai sikap cinta akan negara dalam kalangan kanak-kanak.

“Di samping itu sambutan ini dapat memberi kesedaran kepada mereka tentang kepentingan kemerdekaan negara seterusnya menjaga kedaulatan negara.image

“Dengan mengibarkan bendera negeri dan jalur gemilang juga dapat memeriahkan suasana bulan kemerdekaan. Semua kanak-kanak terlibat secara aktif dalam aktiviti mengibarkan bendera.

“Mereka seronok dan bersemangat untuk melaksanakan semua aktiviti yang dirancang bagi bulan kemerdekaan ini,” tambahnya.

Bagi seorang lagi pelajar, Tan Benedict Bennual, 6, pula kita perlu menjaga negara kita supaya tidak diserang musuh.

“Kita beruntung jadi anak Malaysia dan kita jaga negara kita dengan sebaik-baiknya,” ujarnya.

Noriswati juga memberitahu antara aktiviti lain yang dijalankan di Tabika tersebut ialah mengenali bendera negeri dan negara agar kanak-kanak dapat mengingati warna, jumlah jalur, bintang, bulan dan sebagainya.

Selain itu, kanak-kanak turut diajar untuk mengenali pemimpin-pemimpin terdahulu dan kini. Tidak ketinggalan juga katanya, kanak-kanak Tabika diajar untuk mencintai dan mengenali kaum serta amalan budaya di Malaysia.

Antara aktiviti lain yang dirancang di tabika tersebut ialah pertandingan mewarna kanak-kanak bersama ibu bapa, ini sekali gus memberi peluang kepada ibu bapa untuk melibatkan diri.

SF

Tinggalkan komen anda