Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantanViral

CUEPACS Mohon Kerajaan Pertimbangkan Bonus

By 29 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto: Nur Shafira Mat Hussin (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Pekhidmatan Awam (CUEPACS) memohon agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan untuk pengisian di dalam Bajet 2017 yang akan dibentangkan kelak.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata pemberian itu sebagai suatu yang wajar dan menjadi keperluan kerana mengambil kira faktor kos sara hidup yang kian meningkat dan sebagai persediaan untuk permulaan sesi persekolahan yang pastinya akan menelan perbelanjaan yang tinggi.

“Menjelang penyediaan bajet 2017 tidak lama lagi, CUEPACS memohon supaya kerajaan terus memberikan pertimbangan untuk memberikan bonus kepada penjawat biarpun dalam keadaan ekonomi yang sukar namun masih perlu prihatin dengan penjawat awam yang perlu menjalani kehidupan dengan kos sara hidup yang terus meningkat malah turut di bebani dengan tanggungjawab lain, “ katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas berakhirnya Taklimat Perkhidmatan Awam anjuran Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dengan kerjasama Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh dan Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Negeri Kelantan di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh di sini, semalam.

Sementara itu, Azih turut mengulas berkenaan isu yang menjadi buah mulut seluruh rakyat Malaysia baru-baru ini perihal cadangan CUEPACS untuk melanjutkan usia perkhidmatan bagi penjawat sehingga umur 62 tahun.

Beliau berkata tindakan itu adalah wajar dan sebenarnya mempunyai maksud dan mesej yang sebaliknya kepada kerajaan.

“Ibarat pukul anak sindir menantu, itulah cara CUEPACS mencuba untuk memberikan mesej secara tersirat kepada pihak kerajaan supaya memahami bahawa sebab untuk memanjangkan usia perkhidmatan adalah kerana desakan kos sara hidup yang kian meningkat dan cabaran standard cara hidup kini,” ulas beliau lagi.

Mengulas lanjut, Azih turut memberikan komen berkenaan ganti rugi yang mana merupakan skim faedah yang melindungi pegawai kerajaan sekiranya ditimpa kemalangan atau kecederaan semasa menjalankan tugas rasmi adalah sudah tidak relevan dan wajar di tutup.

Justeru, beliau menyarankan agar ex-gratia ini digantikan dengan PERKESO berikutan kecewa dengan peranan dan perlindungan yang diberikan iaitu ganti rugi yang kurang 20 peratus daripada kadar prestasi berbanding PERKESO yang dapat mengurus kebajikan penjawat awam dengan lebih baik.

Azih turut menasihati penjawat awam untuk sedia memberikan khidmat terbaik kerana penjawat awam yang berharap insentif daripada kerajaan tetapi jarang mahu memberikan komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan mereka.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda