Skip to main content
Berita TempatanSabah

Doa Ibu Bapa Bawa Kejayaan – Penerima Anugerah PKK

By 10 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Muhammad Khairul Azad Yunus & Gimpas@ James Ghani (Sabah)

KOTA KINABALU, 10 Ogos (Malaysiaktif) – Doa ibu bapa amat penting bagi Ahmad Tajjudin Zakaria, 22, graduan Diploma Pengajian Perniagaan untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kehidupannya.

“Doa ibu bapa adalah segalanya bagi saya sehingga mendapat pencapaian yang cemerlang pada hari ini.

“Saya juga tidak lupa nasihat mereka agar tidak meninggalkan solat dan sentiasa melakukan yang terbaik dalam pelajaran,” katanya selepas menerima Anugerah Pengarah Politeknik pada Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu (PKK) ke-20, pada Selasa.

2_AJM4739

 

Ahmad turut melahirkan penghargaan kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan seperjuangan dan Penasihat Akademik atas segala bantuan mereka selama dia melanjutkan pengajian di situ.

Ahmad telah berjaya memperoleh Anugerah Ketua Jabatan semester satu hingga enam, menjadi Pengerusi Kelab Keusahawanan dan johan “Battle of The Band” Peringkat Kebangsaan.

Beberapa universiti awam di luar Sabah menjadi sasarannya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama di samping dapat menimba pengalaman kehidupan yang baharu.

3_AJM4751

 

Rakannya, Shannen Teo Sin Chze, 21, graduan Diploma Kejuruteraan Awam pula tidak menjadikan kesibukannya menjawat pelbagai jawatan dalam Majlis Perwakilan pelajar (MPP) sebagai halangan untuk cemerlang dalam bidang akademik.

“Pada mulanya saya juga seperti pelajar lain tetapi saya mengambil keputusan untuk mengaktifkan diri dalam MPP dan pelbagai program yang dianjurkan PKK.

“Saya berterima kasih kepada ibu bapa serta semua orang yang telah banyak membantu saya mencapai kejayaan pada hari ini,” jelasnya semasa ditemui media.

Shannen yang juga bekas Exco Akademik dan Latihan MPP, bercadang untuk melanjutkan pengajiannya dalam jurusan yang sama.

4_AJM4821

 

Sementara itu, Pengarah PKK, Roslee Yahya berkata seramai 1078 orang graduan daripada bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik,Perdagangan,Pelancongan dan Hospitaliti terlibat dalam Istiadat Konvokesyen ke-20 yang disempurnakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin.

“Jumlah graduan keseluruhan yang telah dilahirkan sehingga kini berjumlah 19,140 orang.

“Dari aspek pencapaian academic intelligence, peratusan kelulusan pelajar PKK adalah sebanyak 97.5 peratus pada sesi Jun 2015 dan sebanyak 97.4 peratus pada sesi Disember 2015.

“Dalam bidang emotional intelligence, PKK telah mendapat pelbagai pencapaian cemerlang dalam bidang sukan sehingga memenangi Anugerah Khas Politeknik terbaik 2015 sempena Polytechnic Sports Excellence Awards 2015 (POLYSEA2015),” ujarnya semasa memberikan ucapan alu-aluan pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen semalam.

 

-SF

 

Tinggalkan komen anda