Skip to main content
Berita TempatanSabah

Guru Besar Menang Perodua Axia

By 4 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh: Asmidar Zainol & Celcom Axiata (Sabah)

KOTA KINABALU, 4 Ogos (Malaysiaktif) –? Guru Besar Sekolah Kebangsaan Luagan Membakut, Doris Victoria Michael Joannes, 46, diumumkan sebagai penerima Perodua Axia melalui Kempen ‘Keep Calm and Win a Perodua Axia’ anjuran Celcom Axiata, pada Ahad.

Menurut Doris, dia mengambil masa selama tiga hari untuk mempercayai kemenangannya itu.

“Pertama kali dihubungi oleh pihak Celcom, saya tidak percaya dan menyangka ada yang ingin mengenakan saya.

“Pada hari kedua, saya menerima e-mel daripada pihak Celcom tetapi masih ragu-ragu dan pada hari ketiga barulah saya percaya apabila diminta untuk ke Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) untuk mengambil cukai jalan,” katanya ketika dihubungi oleh pemberita pagi Isnin.

Kempen yang bermula pada 15 April hingga 15 Julai 2016 itu terbuka kepada pelanggan baharu plan Celcom’s FIRST Gold atau plan FIRST Platinum sebagai menghargai pelanggan baharu kedua-dua pelan tersebut.

Dalam kenyataannya, Celcom Axiata memaklumkan, sebanyak enam Perodua AXIA ditawarkan di seluruh Malaysia sepanjang empat bulan kempen dijalankan.

Celcom Axiata turut menyediakan hadiah kejutan istimewa kepada tiga pemenang setiap hari semasa kempen berlangsung.

SF

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda