Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

Kibar Jalur Gemilang Bangkit Semangat Patriotik

By 11 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohammad Nazeeb Hj. Ali

LABUAN, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Wilayah Persekutuan (W.P) Labuan bagi tahun ini diteruskan dengan edaran bendera kepada semua pemandu bas untuk di letakkan di bas masing – masing sepanjang bulan kebangsaan ini.

Terminal Bas Labuan dipilih sebagai lokasi perasmian Pelancaran Hari Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat W.P Labuan bagi tahun 2016 yang akan berlangsung pada 13 Ogos ini.

Menurut Pengerusi Bas Labuan. Asmadi Hj. Ahmad, pemilihan terminal bas Labuan sebagai lokasi perasmian dapat membantu menggelorakan semangat cintakan negara kepada seluruh pemandu bas khasnya yang akan terlibat dalam program ini. Selain itu, secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan pendapatan kami pada hari tersebut.

Khairul Azhar Ibrahim, 24, pengguna perkhidmatan awam berkata, “program seperti ini menggingatkan kembali perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang bersusah payah demi mendapatkan kemerdekaan kita.

Selain itu juga, ia dapat menambahkan rasa cinta dan sayang kita kepada negara selaras dengan tema tahun ini Sehati Sejiwa di mana nilai perpaduan di terapkan bagi mengeratkan lagi silaturahim walaupun berlainan bangsa dan agama, katanya lagi.

Antara pengisian program tersebut ialah perlesan konvoi kibar jalur gemilang melibatkan 50 kenderaan yang terdiri daripada kenderaan agensi – agensi kerajaan, Kelab Lancer GT Labuan, Persatuan Bas Labuan dan Kelab Pacuan 4X4 Labuan di mana konvoi tersebut akan mengelilingi pulau Labuan bagi mempromosikan hari kebangsaan kita pada tahun ini.

Selain itu juga turut di adakan pameran daripada agensi – agensi kerajaan, pertandingan mewarna kanak – kanak berusia dari 4 – 6 tahun, pertandingan karaoke lagu patriotik dan kuiz kenegaraan, persembahan khas tempur tanpa senjata oleh Angkatan Tentera Malaysia dan persembahan daripada artis PENTARAMA Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

Program anjuran bersama Jabatan Penerangan Malaysia Labuan dengan Perbadanan Labuan turut di bantu oleh agensi – agensi kerajaan yang lain seperti Majlis Keselamatan Negara, dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di rasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Bin Datuk Hj. Isli.

-MRR

Tinggalkan komen anda