Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

Masyarakat Labuan Perlu Lebih Kreatif Dan Inovatif

By 11 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh : Mohd Faizal Mansor

 

LABUAN, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Masyarakat Labuan diseru agar lebih berdaya kreatif dan inovatif khususnya dalam bidang keusahawanan yang mampu menjana pendapatan yang lumayan walaupun dalam kedaan ekonomi dunia yang tidak menentu berikutan penurunan harga minyak dunia.

Ahli Parlimen Labuan merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Rozman Datuk Haji Isli berkata, demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Khas Pemangkin Kreativiti, Inovasi dan Rekabentuk Pemacu Perpaduan di Menara Perbadanan Labuan, di sini, kelmarin.

Menurut Rozman lagi, secara realitinya, situasi ini pastinya menyebabkan rasa tidak selesa dalam kalangan ribuan rakyat di Labuan yang kebanyakannya bergantung kepada pendapatan industri minyak dan gas, maka itu mereka perlu lebih kreatif dan inovatif meneroka bidang-bidang baru.

Rozman optimis, program seumpama ini akan membantu Komuniti Labuan untuk lebih kreatif dan inovatif meneroka bidang-bidang baru dan idea baru dalam pelbagai bidang khususnya dalam memulakan perniagaan baru.

Ujar beliau, budaya kreativiti dan inovasi ini memang sangat penting dan perlu diterapkan untuk menilai tambah pada produk jualan yang menarik yang sudah pasti akan merancakkan pembangunan ekonomi dan pelancongan Labuan.

Justeru, sudah pasti lebih banyak peluang pekerjaan baru yang memberi manfaat kepada masyarakat Labuan pada masa akan datang sekaligus mensejahterkan kehidupan masyarakat Labuan melalui penerokaan bidang-bidang baru tersebut”, ujar beliau lagi.

Bengkel yang berlangsung selama 2 hari sejak 6 Ogos lalu disertai oleh seramai 100 orang dikalangan pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) sekitar Labuan, usahawan “Home Base Business” Rukun Tetangga, guru-guru, pensyarah-pensyarah IPTA/IPTS serta penjawat awam.

Program tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bersama Universiti Putra Malaysia dan Perbadanan Labuan juga merupakan Program Inovasi Rukun Tetangga Wilayah Persekutuan Labuan.
Pada bengkel tersebut, para peserta telah diberikan sesi ceramah tentang kreativiti dan inovasi serta tugasan berkumpulan.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Labuan, Mimie D. Selvakumar.

Tinggalkan komen anda