Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Lapan Logo Hari Kebangsaan Direka oleh Saudara Saya – Pengurus Restoran 

By 14 Ogos 2016Tiada komen3 minit bacaan

 

Oleh : Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto Mohd Nazri Mohd Rapaai (Putrajaya)

SUBANG JAYA, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – “Saya sedang mencatatkan lapan logo Hari Kebangsaan hasil rekaan saudara saya iaitu Prof Madya Hashim Hassan yang juga ikon ‘Burung Batik’ terkenal di Malaysia”.

Pengurus Restoran, Mohd Latip Mahmood, 62, berkata demikian setelah dilihat leka mencoretkan tahun-tahun logo rekaan Hashim Hassan di Tapak Pameran MyMerdeka bersama Mydin sempena Bulan Kebangsaan 2016, Jumaat lalu.

“Logo-logo Hari Kebangsaan yang direka oleh Hashim Hassan digunakan pada 1980, 1981, 1983, 1984, 1985, 1986, 1987 dan 1991.

“Sekarang dia tak berapa sihat dan berada di Subang Jaya. Saya nak whatsapp dia kerana saya bangga apabila melihat koleksi dia terpapar pada pameran kali ini.

IMG_3969
“Tiap-tiap tahun logo Hari Kebangsaan memang bertukar tetapi yang tetap sama ialah warna bendera negara digunakan sebagai tema. Ada merah, biru dan kuning,” jelasnya lagi.

Menyentuh berkenaan Jalur Gemilang yang tidak lagi dikibar seperti Sambutan Hari Kebangsaan sebelum ini, Latip berpendapat rata-rata masyarakat kini sibuk dan lebih mahukan insentif.

“Kiosk saya memang ada bendera. Tapi sekarang saya rasa masyarakat lebih kepada mahukan insentif berbentuk wang dan hadiah.

“Kalau dah masuk Ogos dulu kat rumah memang saya pasang tetapi sekarang mungkin semua dah sibuk, tiada masa.

“Jika boleh pihak Penerangan (JaPen) atau Majlis Bandaran atau mana-mana badan beri bendera percuma mungkin masyarakat akan gantung bendera.

“Ni sekarang kalau nak gantung bendera mereka nak kena beli. Orang nak keluar duit dengan keadaan ekonomi sekarang biasalah. Kalau percuma atau ada hadiah pasti semakin ramai yang mengibarkannya,” ujarnya yang menyatakan zaman kini dah berubah serta sambutannya tidaklah semeriah zaman 60-an dahulu.

IMG_4029
Sementara itu, bagi Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad yang melancarkan Program MyMerdeka bersama Mydin Jumaat lalu, masyarakat seharusnya menunjukkan komitmen kepada negara tanpa berharap kepada bendera percuma daripada pihak kerajaan.

“Bila nak kibar Jalur Gemilang, pertama yang mereka ingat ialah nak minta JaPen bagi. Perkara yang selalu ditanya ada tak bendera? ada tak bendera? Kalau kita nak menunjukkan rasa komitmen kita kepada negara, kita perlu keluarkan sedikit modal.

“Ya, kita sendiri ada membantu contohnya di bahagian Komuniti 1 Malaysia, kita bawa banyak bendera turun.

“Tetapi setiap tahun kita tengok begitulah kurangnya Jalur Gemilang dikibarkan. Jika Jalur Gemilang itu merupakan satu lambang semangat patriotik sepatutnya dikibarkan untuk menyemarakkan dan menggelorakan rasa tetapi jika yang tidak mengibarkannya tetap mempunyai rasa kasih sayang terhadap negara seharusnya tidak mengapa lah.

“Apa yang saya nak minta ialah kasih sayang kepada negara terus disemarakkan walaupun tanpa Kibaran Jalur Gemilang,” jelasnya lagi.

IMG_4031

Program MyMerdeka bersama Mydin sedang berlangsung di Mydin Subang Jaya bertujuan untuk menyampaikan informasi kenegaraan dalam menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan Rakyat Malaysia.

MyMerdeka yang berkonsepkan one stop centre menggabungkan aktiviti komunikasi visual dan bersemuka menerusi pameran serta aktiviti berkonsepkan kenegaraan akan diteruskan di empat lagi zon utama MYdin iaitu di Meru, Perak  pada 19-21 Ogos, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 26-28 Ogos, Pelangi Indah, Johor pada 2-4 September, dan di Gong Badak, Terengganu pada 15-17 September 2016.

-DK

 

Tinggalkan komen anda