Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Kehadiran Pelancong Bukti Malaysia Aman

By 14 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Herman Hamid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Kehadiran pelancong yang amat tinggi sepanjang tahun lepas membuktikan Malaysia adalah sebuah negara yang aman makmur dari segi politik,ekonomi dan keselamatan.

Demikian menurut Menteri Kewangan Kedua merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani di Perasmian Program Semarak Komuniti 1Malaysia Kibar Jalur Gemilang di Dewan Komuniti Jalan Wira Taman Maluri, semalam.

Menurutnya lagi, “Malaysia telah menjadi buah mulut pelancong dari luar negara dan perkara ini telah merebak ke seantero dunia”.

“Begitu juga dengan faktor ekonomi yang stabil yang membuatkan pelabur negara luar berani mengambil risiko untuk melabur di Malaysia”, ujar beliau.

Tambah beliau, “Kemerdekaan ekonomi negara adalah bekalan bagi generasi masa hadapan”.

Johari Abdul Ghani terdahulu telah mengikuti Konvoi Bermotosikal Kibar Jalur Gemilang yang disertai lebih kurang 200 buah motorsikal dari Kampung Bharu ke Dewan Komuniti Jalan Wira Taman Maluri.

Turut berkonvoi dan hadir bersama ialah Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

-DK

Tinggalkan komen anda