Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaViralWilayah Persekutuan

NBOS juga untuk Belia – Ahmad Zahid

By 18 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Diyana Zamri / Foto: Muhairul Azman Supian

PUTRAJAYA, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kerajaan juga turut mengambil kira kesesuaian untuk golongan belia.

“Kita mempunyai produk-produk yang sesuai hanya untuk para belia terutamanya Bandar Belia yang didirikan di Tanjung Malim. Kemudahan-kemudahan yang telah disediakan melalui kumpulan belia ini adalah bersesuaian dengan keluarga muda termasuk penyediaan untuk tadika untuk anak-anak mereka dan juga semua kemudahan rekreasi disediakan.

“Kita juga mempunyai kereta api dengan kelajuan tinggi dan juga dengan lebuh raya yang mencukupi untuk membawa  keluarga muda tinggal di Tanjung Malim.

TPM 3

 

“Begitu juga untuk iM4U umpamanya golongan sukarelawan yang merupakan sumbangan besar kepada pembangunan negara tetapi sering kekal sebagai sumber yang belum diterokai,” ujar Ahmad Zahid ketika kepada pemberita selepas melawat pameran NBOS di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

Sebelum itu, Ahmad Zahid dalam ucapan penutupan Persidangan Antarabangsa Mengenai Strategi Lautan Biru (ICBOS) menyeru pemimpin muda yang bakal menjadi pemimpin negara untuk meneruskan usaha inovasi bagi menjayakan matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Turut hadir, pengasas Strategi Lautan Biru, Profesor Chan Kim dan Profesor Renée Mauborgne.

Tinggalkan komen anda