Skip to main content
Home

Kerajaan akan Teliti Keperluan Robot dan Dron untuk PDRM – Ahmad Zahid

By 18 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Diyana Zamri / Foto: Muhairul Azman Supian & Hafiz Itam

PUTRAJAYA, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Pihak kerajaan akan meneliti keperluan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menggunakan robot dan dron dalam era kepolisan moden ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penutupan Persidangan Antarabangsa Mengenai Strategi Lautan Biru (ICBOS) di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

TPM 1 Hafiz Itam

“Cadangan itu telah dikemukakan kepada kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN), kita akan meneliti semua aset yang diperlukan bagi menentukan modern policing (kepolisan moden) dapat dilaksanakan,” ujar Ahmad Zahid.

Tambahnya, perkara ini juga tertakluk kepada bajet yang akan diberikan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan akan dilaksanakan apabila MOF mengizinkan untuk PDRM melakukan pembelian.

IGPPada Selasa, Ketua Polis Negara, Tan Seri Khalid Abu Bakar berkata PDRM ingin meneroka penggunaan peralatan berteknologi tinggi seperti robot dan dron sebagai bantuan tambahan kepada kekurangan/kesilapan manusia (human errors).

“Kita dapat menjangkakan (era kepolisan) dalam masa terdekat ini, teknologi dron dapat digunakan sebagai mata di langit dikenali sebagai ‘The Hummingbird’ yang akan menjadi pesawat rondaan di jalan dan kawasan perumahan.

“Dengan sensor haba dan pergerakan, dron dapat mengenal pasti mereka yang berpotensi menimbulkan ancaman sama ada di kawasan tersorok,  atau di atas bumbung. Kini, sebahagian pegawai polis sedang menjalani latihan penggunaan dron, yang akan diguna pakai untuk memantau perhimpunan awam,” jelas Khalid.

Tinggalkan komen anda