Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

UTC Tawau Merintis Pusat Sehentian Unggul

By 5 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

TAWAU, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman petang tadi meninjau perkembangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau yang juga merupakan UTC kedua di negeri ini.

Sukarti berpuas hati progres UTC Tawau

Sukarti berpuas hati dengan kemudahan disediakan di UTC Tawau ini

UTC Tawau ini menempatkan 18 agensi bagi membantu memudahkan orang ramai berurusan, akan mula beroperasi sepenuhnya 15 Ogos ini dengan progres pengubahsuaian mencapai 90 peratus.

Penolong Pengarah, Unit Strategi Nasional, Thiagu Vadivalu berkata, UTC Tawau ini akan beroperasi setiap hari bermula 8 pagi hingga 9 malam bakal memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk melakukan pelbagai urusan.

UTC Tawau ini terletak di Pasar Tanjung Tawau yang menjadi tumpuan orang ramai membeli barang-barang keperluan.

“Ruang UTC ini di ubahsuai daripada ruang medan selera yang hanya menempatkan 40 premis terdahulunya. Kini ruang tersebut digunakan sebagai tempat orang ramai melakukan pelbagai urusan rasmi melibatkan lima agensi kerajaan Persekutuan selain disertai 12 badan berkanun persekutuan dan negeri serta sebuah syarikat swasta,” katanya.

 

-SH

Tinggalkan komen anda