Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Perlindungan, Bantuan Malaysia Ringankan Beban Warga Syria

By 20 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Oleh : Parameswary Leksmnan / Foto : Wan Affiezull (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – “Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia yang telah sudi bersusah-payah mengambil inisiatif membawa masuk saudara-saudara kita ini untuk mendapatkan perlindungan sementara di Malaysia”.

Demikian dinyatakan oleh isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak, Toh Puan Raghad Kurdi Taib dalam satu majlis makan malam meraikan 65 orang migran Syria di JW Marriott Hotel, Jalan Bukit Bintang, semalam.

“Saya percaya Kerajaan Malaysia dengan kerjasama pihak antarabangsa dan pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) akan sentiasa berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang berada di negara ini,  serta mereka yang masih di Syria”, katanya.

“Saya menyeru supaya lebih banyak NGO dan individu di negara ini tampil membantu meringankan  beban warga-warga Syria ini,” ujarnya lagi.

IMG-20160820-WA0068

Raghad turut menyampaikan sumbangan kepada setiap ketua keluarga pelarian Syria yang diraikan.

Kumpulan berkenaan ditempatkan sementara di Setia Alam dan diberi sijil perakuan cemas serta dokumen sementara untuk menetap di negara ini.

Terdahulu pada Oktober tahun lepas, Datuk Seri Najib Razak menyatakan komitmen untuk membuka pintu negara ini kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang secara berperingkat bagi membantu meringankan krisis pelarian Syria.

IMG-20160820-WA0069

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pemegang Amanah MyCare, Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar.

MyCare dipertanggungjawabkan memantau kebajikan dan keperluan migran Syria ini selain membantu mereka mengadaptasikan diri di Malaysia dari segi bahasa dan kebudayaan.

-DK

Tinggalkan komen anda