Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Pesara Ternak Ayam Kampung Jana Pendapatan

By 4 Ogos 2016Ogos 5th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: M Zakry Chan (Melaka)

ALOR GAJAH, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Berbekalkan semangat dan iltizam yang tinggi seorang pesara kerajaan tekad menceburkan diri dalam bidang ternakan ayam kampung.

Abdullah Othman atau Pak Lang Dolly tekad dengan keputusan untuk membuka ladang ternakan ayam kampung.Walaupun pada mulanya agak was-was dengan keputusan yang dibuat,  Abdullah Othman, 57, atau lebih mesra dipanggil  Pak Lang Dolly, tekad dengan kerjaya terbaharunya itu. Dengan berbekal wang simpanan sebanyak RM 60,000, akhirnya impian Pak Lang Dolly menjadi penternak ayam kampung tercapai.

“Pakcik bermula dengan 600 ekor ayam kampung. Kini, ayam kampung ternakan pakcik hampir mencapai 1,000 ekor. Impian pakcik adalah untuk menerajui  pasaran sebagai pembekal ayam segar halal di Malaysia.

“Oleh kerana pasaran ayam kini banyak yang meragukan dari segi kebersihan dan penyembelihan mengikut syarak, maka pakcik rasa terpanggil, bukan mencari untung semata-mata, namun lebih kepada memenuhi keperluan masyarakat Islam yang pastinya mahukan ayam yang halal dan kebersihan terjamin,” ujarnya.

Beroperasi di bawah pengurusan CA Agro Farm Sdn Bhd, Pak Lang Dolly juga mempunyai bangunan memproses ayam sendiri yang mempunyai sijil halal dan telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar.

Pekerja ladang CA Agro Farm, Baharom Awang berkata, ayam kampung di sini dipantau rapi dari segi pemakanan dan kesihatan. Hanya dedak dan jagung yang diberikan sebagai sumber makanan.

2

Teknologi pertanian secara biologi dipraktikkan dengan penggunaan Efective Microganisma (EM) untuk memastikan kesihatan ayam dalam keadaan terbaik di samping menghilangkan bau busuk najis ayam.

“Kawasan ladang terletak hampir dengan kawasan penduduk kampung, oleh itu, kami sebagai penternak harus menambah kos untuk memastikan ladang ini tidak akan mendatangkan masalah kepada masyarakat kampung seperti gangguan bau busuk dan lalat,” ujar Baharom.

Tambahnya, pasaran ayam kampung ini amat luas dan mempunyai permintaan yang tinggi lebih-lebih lagi di musim perayaan dan kenduri kahwin.

4

“Oleh demikian, kami berusaha untuk meningkatkan lagi keupayaan ladang dalam menampung permintaan yang tinggi, walaupun di peringkat permulaan ini, pelbagai cabaran yang kami hadapi,” jelasnya.

Kata Baharom lagi,  mereka menyasarkan untuk mempelbagaikan produk seperti ayam sejuk beku dan produk hiliran seperti sate, ayam percik, naget ayam, serta membuka rangkaian kedai ayam segar di setiap negeri dalam tempoh lima tahun akan datang.

Baharom Awang

CA Agro Farm akan membuka rangkaian kedai ayam segar di negara dalam masa lima tahun. – Baharom Awang

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Panchor, Borhan Maaras, 60, berkata selaku pengerusi JKKK sudah pasti dia gembira kerana terdapat usahawan tempatan yang ingin menjalankan perniagaan kerana ini juga satu bentuk produk hasil kampung yang boleh dibanggakan.

“Dari segi kebersihan pula, saya memantau dan melihat sendiri kaedah penternakan dan mendapati kebersihan berada di tahap baik dan penduduk sekitar kawasan tersebut juga tidak menghadapi masalah.

“Pak Lang Dolly selaku pemilik ladang juga adalah seorang yang baik hati dan selalu menyumbang kepada program-program anjuran masyarakat kampung,” katanya kepada Malaysiaaktif.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda