Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Raja Muda Selangor Lancar Setem Tujuh Keajaiban Flora Dan Fauna

By 23 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto Oleh : Mohd Zaid Awang 

HULU KELANG, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah melancarkan Setem Tujuh Keajaiban Flora dan Fauna sempena hari lahir sepasang beruang Panda Gergasi di Dataran Datuk Ismail Hutson, Zoo Negara, pagi tadi.

Raja Muda Selangor berkenan melawat sepasang beruang Panda Gergasi yang diberi nama Xing Xing dan Liang Liang serta anaknya Nuan Nuan.

IMG-20160823-WA0045

Presiden Kemasyarakatan Zoologi Malaysia, Zoo Negara Malaysia, Datuk Zaharin Md Arif berkata “Majlis ini dianjurkan dengan kolaborasi di antara Zoo Negara Malaysia, Pos Malaysia Berhad dan Universiti Malaya buat julung kali”.

Tambah beliau, koleksi setem bertemakan Tujuh Keajaiban Flora dan Fauna iaitu tujuh pengelasan kumpulan hidupan yang terdapat di Zoo Negara merangkumi alam mamalia, burung, reptilia, amfibia, ikan, serangga dan flora.

“Tema tersebut dipilih kerana sejak Zoo Negara ditubuhkan pada tahun 1993, Zoo Negara mempunyai koleksi setem haiwan yang paling banyak di Malaysia yang berasaskan lima tujuan matlamat penubuhannya iaitu konservasi, pendidikan, rekreasi, kajian dan latihan”, tambah beliau.

Sementara itu, Ketua Penyelidik Institut Sains Biologi Universiti Malaya, Prof Dr Amir Feisal Merican Al Junid Merican pula memaklumkan bahawa Universiti Malaya telah menghasilkan sebuah laman pendidikan siber yang dinamakan MEEZOO beserta dengan Kod  QR yang tertera di setem tersebut. Ia merupakan inovasi setem yang pertama di Malaysia untuk membolehkan laman sesawang MEEZOO dilayari apabila imbasan QR dilakukan.

“Pengunjung boleh menggunakan telefon pintar mereka dan boleh akses laman sesawang MEEZOO yang mengandungi maklumat terperinci tentang 240 haiwan serta 20 jenis tumbuhan yang terdapat di Zoo Negara, bersesuaian untuk golongan kanak-kanak, pengkaji dan orang dewasa”, katanya.

Ketua Unit Stem dan Filateli Pos Niaga, Diyana Lean Abdullah pula berkata “Pos Malaysia Berhad akan menjual 120,000 keping setem, sampul surat pertama, lembaran mini, poskad dan lipatan ‘(folder)’ mulai 23 Ogos 2016 di seluruh Malaysia”.

-DK

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda