Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Anak Bakar Semangat Ayah Pungut Empat Emas

By 10 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Baharruddin Mohamad/Jurufoto: Mohammad Razali Ihi (Sarawak)

KUCHING, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Walau ke mana-mana dia bertanding sukan ping pong, anaknya pasti setia memberi dorongan dan menyemarakkan semangatnya.

Bagi atlet ping pong Sarawak, Ting Ing Hock, 51, kesetiaan dan dorongan anaknya merupakan kunci kejayaan sehingga dia berjaya untuk mendapatkan empat emas dan satu perak dalam Sukan Paralimpiad Malaysia Sarawak 2016.

Anak tunggalnya iaitu Ting Ying Hii, 21, pernah mewakili Sarawak dalam sukan SUKMA 2013, Youth Championship Malaysia Open dan National Double Champion MSSN.

WhatsApp Image 2016-08-10 at 3.55.13 PM

Ting Ing Hock, 51 meraih emas dalam bagi acara Terbuka Lelaki TT-6-10, perseorangan lelaki kelas TT-9, beregu lelaki kelas TT-9-10, dan beregu berpasukan kelas TT-10 manakala perak dalam acara Beregu Pasangan Terbuka TT-6-10.

Semasa ditemui di Stadium Tertutup Samarahan pagi tadi, Ting berkata dia kini merupakan seorang jurulatih di bahagian Pembangunan Paralimpiad Malaysia secara kontrak sejak 2015.

“Saya pernah mewakili Sarawak sebanyak tujuh kali dan meraih 10 pingat emas sebelum ini dalam Sukan Sea sementara semasa Para Games Manila memungut lima emas. Pada 2015 pula di Asean Para Games Singapura saya meraih satu emas, satu perak dan satu gangsa.

“Matlamat saya dalam sukan ping pong adalah untuk  melahirkan lebih ramai pemain baharu untuk Para Ping pong Malaysia supaya boleh mencapai ke tarap antarabangsa,” ujarnya lagi yang ditemui Stadium Tertutup Kota Samarahan pagi tadi.

Sukan Paralimpiad XVIII Sarawak 2016 yang telah berlangsung sejak 6 Ogos akan melabuhkan tirainya pada malam ini.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda