Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Tahan Geng Pak Tunggal, Dua Lelaki Diberkas

By 9 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd Yusof bin Hj Abdul Samad (Melaka)

JASIN, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Dua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 28 tahun yang dikenali sebagai Geng Pak Tunggal ditahan oleh polis dalam sebuah rumah di sini hasil risikan dan maklumat orang awam Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Melaka, Datuk Ruslan Hasan, berkata, geng tersebut terlibat secara aktif dengan kes pecah rumah dan mencuri kenderaan di sekitar Melaka Tengah dan Jasin, sejak lima bulan lalu.

“Salah seorang suspek yang ditahan dipercayai ketua kumpulan terbabit dan mempunyai dua rekod kesalahan lampau pecah rumah serta masih dikehendaki polis bagi menyelesai dua lagi kes,” jelas Ruslan ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, semalam.

5

Antara barang rampasan Geng Pak Tunggal.

Katanya, dengan tertangkapnya kedua-dua suspek yang turut positif syabu itu, pihaknya juga berjaya menyelesaikan sebanyak 15 kes curi kenderaan dan pecah rumah di dua daerah tersebut yang melibatkan rumah kediaman dan premis kedai.

Tambahnya, pihaknya turut merampas barang-barang yang disamun seperti jam tangan, telefon bimbit, komputer riba dan lain-lain lagi selain barang yang dicuri termasuk tiga motosikal dan sebuah kereta dengan jumlah keseluruhan bernilai RM250,000.

“Polis juga merampas alatan yang digunakan mereka semasa melakukan kegiatan pecah rumah seperti pedang samurai, pemotong dawai, pemutar skru dan mesin pemotong.

4

Antara barang rampasan Geng Pak Tunggal.

“Kita juga telah mengenal pasti empat lagi saki baki geng kumpulan terbabit dan yakin dapat memberkas mereka dalam masa terdekat ini,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379/457 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

 

-DZ

Tinggalkan komen anda