Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Ibadah Korban di Masjid Setia Raja Mukah

By 15 September 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

MUKAH,15 Sept (Malaysiaaktif) – Sempena Hari Raya Aidiladha, sejumlah 15 ekor lembu dikorbankan di perkarangan Masjid Setia Raja Mukah pagi semalam.

Kerja-kerja susulan ibadah korban itu dilakukan secara bergotong royong dengan bantuan seramai 42 ahli Biro Korban dan Akikah Masjid tersebut.

Seawal pukul 7.00 pagi, aktiviti ibadah korban ini dimulakan dengan penyembelihan lembu sebelum dilapah untuk diagihkan kepada golongan miskin di sekitar kawasan Mukah, termasuk Kampung Penempatan Semula, Kampung Petanak, Kampung Tellian Laut, Kampung Teh, Kampung Tabo, Kampung Sesok dan kawasan berdekatan.

Sementara itu, menurut Penghulu Haji Besiri Keri yang menjaga tiga buah Kampung, iaitu Kampung Penakub, Kampung Datu dan Kampung Sungai Ragei, penyertaan ibadah korban daripada kalangan penduduk tempatan dan luar Mukah, termasuk orang semenanjung yang bekerja di Mukah sangat memuaskan.

“Memandangkan harga daging lembu di Mukah RM35 sekilo, kali ini fakir miskin dapat juga merasai serta menerima agihan daging tersebut,” ujarnya.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda