Skip to main content
Berita TempatanSabah

74 Sertai Pertandingan Bot Laju Hari Malaysia 2016

By 15 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Baharruddin Mohamad/Foto: Chua Shim Choo

BINTULU, 15 Sept (Malaysiaaktif) – Sebanyak 74 buah bot daripada pelbagai kategori terlibat dalam Pertandingan Bot Laju sempena Hari Malaysia 2016 bermula hari ini sehingga esok.

Menurut Pengerusi Penganjur Jawatankuasa Induk Pertandingan, Tuah Suni, kebanyakan penyertaan datangnya dari Kapit, Belaga, Sibu dan Bintulu.

“Saya berharap agar pada tahun akan datang lebih ramai lagi terlibat dalam pertandingan bot laju untuk memeriahkan lagi mana-mana aktiviti besar di Bintulu,” ujarnya.

image

Perlumbaan bermula pada awal 8.00 pagi hingga 5.00 petang

 

Tambahnya, perlumbaan akan bermula pada 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan menjemput orang ramai supaya datang beramai-ramai bagi menyaksikan pertandingan tersebut.

“Antara kategori yang dipertandingkan ialah kategori Long Boat 18HP, 30HP, 30HP 2 Silinder Tunnel Boat dan 50HP Tunnel Boat.

“Johan bagi 50HP Tunnel Boat Terbuka akan menerima sebanyak RM1200 dan piala, Naib Johan RM1000 serta piala dan tempat ketiga RM800 serta piala.

“Manakala 30HP Tunnel Boat, Johan bakal menerima RM1000 serta piala, Naib Johan RM 800 serta piala dan ketiga RM 600 serta piala,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bot Laju Bahagian Kapit Koh Kumbong, 55, memberitahu sebanyak 17 buah bot ikut serta daripada persatuan di bawah seliannya.

“Tujuan mereka ikut serta adalah untuk memeriahkan lagi penyertaan bot laju di samping untuk mencari dan menunjukkan kemahiran masing-masing dalam perlumbaan. Selain itu, menggalakkan golongan muda supaya ikut serta dalam mana-mana sukan lasak dan mengelakkan mereka terjebak dalam gejala negatif.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing telah merasmikan pertandingan Bot Laju sempena Hari Malaysia 2016 bertempat di RC Commercial Wharf, Batang Kemena, Bintulu pagi tadi.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda