Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

80 Kontinjen Rai Hari Jadi ke-80 Tun Taib

By 10 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad

MIRI, 10 Sept (Malaysiaaktif)-Sebanyak 80 kontinjen dan lima ribu peserta terlibat dalam perbarisan Rapat Raksasa yang diketuai oleh Leftnan Kolonel Samsul Bahari bin Che Soh daripada lapan Rejimen Sempadan bertempat di Stadium Miri sempena sambutan Perayaan Hari Jadi ke-80 Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud pagi tadi.

Sebelum Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa, acara dimulakan dengan pasukan kawalan kehormat utama dan Pancaragam PDRM masuk ke padang.

Hormat sedia pula dilakukan apabila ketibaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan Datin Jamilah Anu. Kemudian hormat Diraja dilakukan apabila Tun Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Hajah Raghad Kurdi Taib tiba.

image

Majlis berlangsung dengan teriakan Dirgahayu, acara simbolik Hari Jadi, kontinjen berjalan lalu dan akhir sekali acara persembahan padang oleh 1000 orang pelajar daripada empat buah Sekolah Menengah di Bahagian Miri.

Sementara itu bagi sukarelawan, Masina Jalani, 40 yang berasal dari Kuching yang ikut sebagai peserta kontinjen Jabatan Kebajikan Malaysia Negeri Sarawak berkata, dia berasa gembira kerana dipilih sebagai peserta dalam pembarisan pada tahun ini.

image

Perbarisan hormat para kontinjen

Tambahnya, kontinjen mereka hanya berlatih cuma lima hari sahaja namun komitmen dan kerjasama pasukan mereka sangat memuaskan walaupun dia bukan kakitangan di jabatan tersebut namun kepercayaan itu sangat membuatkannya terharu.

“Kami memang berharap untuk dapat anugerah sebagai perbarisan terbaik namun nasib tidak menyebelahi pasukan namun kami bersyukur juga kerana komitmen sebagai satu pasukan yang begitu baik sekali.

“Di samping itu, beliau berharap agar pada masa akan datang pasukan mereka akan lebih giat lagi berlatih dalam kawad dan pakaian perlu juga dititik beratkan agar nampak segak, seragam dan lebih menarik,” ujarnya yang ditemui pagi tadi.

Selain sukarelawan, antara kontinjen yang ikut serta adalah dari pelbagai agensi jabatan serta kementerian kerajaan negeri, tempatan dan persekutuan, Sekolah Menengah, universiti awam, kumpulan pembangunan dan kesatuan serta badan bukan kerajaan.

SF

Tinggalkan komen anda