Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

‘Khidmat Bekas Wakil Rakyat Masih Diperlukan’ – Zahid

By 29 September 2016Tiada komen2 minit bacaan
Laporan dan Foto oleh Mazlina Abdul Aziz & Ruhamin Ramli

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Malaysiaaktif) – Sebagai bekas wakil rakyat yang pernah berbakti dan berpengalaman, khidmat mereka masih diperlukan bagi membantu kerajaan.

Sehubungan itu, mereka diminta supaya lebih peka dengan kehendak pengundi baharu yang mahukan perubahan seiring pembangunan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, walaupun sumbangan golongan berkenaan masih diperlukan, namun mereka harus memastikan agar daya pemikiran dan sumbangan yang diberikan relevan dan diterima oleh Gen Y, Z dan Alfa.

Beliau berkata demikian semasa perasmian majlis Pecah Tanah Wisma Yayasan Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Malaysia dan Projek Komersial di Jalan Sentul Pasar, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, “walaupun mustahil untuk menunaikan setiap permintaan, tetapi dalam masa yang sama kerajaan tidak akan mengenepikan mereka dan akan memastikan kebajikan ahli terjaga.”

Sementara itu, Presiden MUBARAK, Tan Sri Datuk Sri Abdul Aziz bin Rahman berkata dengan terbinanya Bangunan Yayasan MUBARAK kelak, pertubuhan tersebut  akan memiliki mercu tandanya sendiri bagi membantu ahli-ahli.

Kompleks bangunan enam unit setinggi enam tingkat itu merangkumi premis-premis komersil dan pejabat.

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah yang juga Pengerusi Kumpulan Powernet Berhad (KPower) berkata syarikat itu dengan kerjasama SSF Homebuilders Sdn Bhd akan mengusahakan projek tersebut dan menyerahkan satu atau dua blok kepada MUBARAK.

Turut hadir dalam majlis itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abdul Halim Abdul Samad dan Naib Presiden MUBARAK, Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda