Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Peminjam Wajib Bayar Pinjaman PTPTN – Idris Jusoh

By 27 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh Sazaki Abdul Rahman dan Shahfuri Saidan Khadri (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Malaysiaaktif) – “Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu membuat perjumpaan dengan PTPTN bagi berbincang mencari penyelesaian dalam menjelaskan hutang mereka”.

Demikian ulas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkaitan isu penyenaraian peminjam PTPTN di dalam Sistem Maklumat  Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Idris berkata beliau tidak menyokong mana-mana pihak dan tegas pada prinsip yang diajarkan Islam iaitu kewajiban membayar hutang.

Pada 25 September lalu di Kuala Terengganu, Idris telah memberi amaran keras kepada pihak PTPTN agar tidak menganiayai mana-mana peminjam dalam usaha mengutip semula hutang pinjaman daripada peminjam.

Beliau menjelaskan perkara tersebut dimaksudkan sekiranya peminjam telah menyelesaikan hutang dan PTPTN masih menyenaraikan nama mereka di dalam CCRIS.

“Peminjam perlu beri ruang kepada pelajar lain. Pinjam kena bayar. Ini adalah asas kenegaraan. Sayang kepada negara. Simpati kepada mereka. Semua rakyat Malaysia perlu sokong dasar kasih sayang untuk pastikan rakyat Malaysia yang lain dapat pinjaman untuk ke Universiti”, ujar  beliau dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2016 (PSH 2016), Universiti Malaya, di sini hari ini.

Dalam persidangan tersebut Kementerian Pendidikan Tinggi bekerjasama dengan University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCED) dalam pendekatan pendidikan fleksibel dan pembangunan modal insan bagi menggalakkan rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran selari dengan dasar Kerajaan ke arah Negara Berpendapatan Tinggi.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching dan Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) Universiti Malaya, Prof. Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda